kenapa dia ada disini?

Selalu terfikir ttg jodoh....kenapa dia ada di sini?

kerana dia selalu ada bila ibu memerlukan
dia selalu membantu bila ibu memerlukan pertolongannya
dia selalu memberi cadangan bila ibu kebuntuan
dia selalu menasihati ibu bila ada kekurangan
dia sesalu menggembirakan hati ibu di kala ibu kesedihan
dia selalu mengalah bila ibu marah
dia sanggup bersusah bila ibu memerlukan khidmatnya
dia selalu mendengar bila ibu bercerita
dialah lelaki penyabar ibu pernah jumpa
dialah ABI......Jodoh yg Allah beri untuk ibu hargai semasa adanya dia di sisi
semoga ibu menjadi ibu yg terbaik untuk abi+anak2
Cinta adalah untuk dihargai,di sayangi dan bukan untuk dikongsi..

Birthday Present

Salam semua..maaf lama xupdate,sekarang busy dengan kursus+kerja harian..
Berita gempa+tsunami di Jepun agak menggemparkan dunia...Logi Nuklear terbakar..Subhanallah...
Bercerita dengan hari lahir, tempoh hari lari lahir ibu....di sambut dengan lawatan ke petronas penapisan melaka...penat sungguh...

Ibu akhirnya harinie dapat hadiah dr abi,alhamdulillah..dapat juga apa yg ibu nak..hehehe
tp kasih syang dr abi+iman+tok ma..serta adik beradik yg lain tak ternilai....walaupun ibu dapat hadiah yg plg mahal di dunia, dpt rumah plg besar di dunia........

Bless from Allah adalah yg ibu plg harapkan.....

Tp best juga klu ibu dpt nie....

kiranya hadiah melahirkan iman+menjaga iman dr abi...klu dpt inas plak..ape plak hadiahnya kan? hehehehe

Trima kasih atas segala kesabaran abi mendidik ibu..


Klu dapat beg nie.mesti tido peluk beg...
...tempoh hari sepupu abi kahwin,sebelum ke dewan kenduri..iman+abi+ibu..melepak di starbuck setia alam( ader drive thru)....best juga..sbb starbuck tuh xramai org+pengendalinya semua anak muda melayu..(yg membuatkan ibu xperlu speaking/gebang "english" klu nak order)
klu kat tempat lain mesti cakap:-
ibu: Can i have double mocha frapucinnoooooo
tp kat setia alam ibu cakap:- dik nak double mocha,ngan sandwis ayam ya..heheh

Di starbuck setia alam